Wednesday, June 3, 2009

TESTIMONI

TESTIMONIAL NUAGE


Saya menjalani pembedahan caesarean sebanyak 3 kali. Yg sulung dibius sepenuhanya. Anak yang ke 3 dan ke 4 (2 tahun 5 bulan sekarang) adalah secara ‘Spinal' (bius separuh badan). Luka akibat pembedahan demi pembedahan, sudah pasti lambat atau susah untuk sembuh sepenuhnya. Sejak melahirkan anak yang pertama, saya mengalami masalah urat. Urat yang tegang dibeberapa bahagian badan, sengal, ngilu, sakit, bengkak dan lain-lain lagi. Spinal/bius 2 kali di tempat yang sama, mengakibatkan urat di bahagian antara tulang belakang dan tengah pinggang sentiasa bengkak dan sakit. Lebih menyeksakan apabila hampir pra PMS. Bidan ada mengatakan yang bengkak di situ akan sentiasa ada. Urat kaki sebelah kanan dari tulang sendi punggung hingga ke betis, sentiasa rasa seperti tegang dan sakit. Bila sudah mencangkung, susah untuk berdiri semula..pasti kaki kanan seperti lemah. Saya tidak boleh membongkok atau rukuk lebih dari 3 minit. Hampir setiap malam sebelum tidur, saya wajib menyapu minyak angin pada bahagian betis dan pinggang. Kadang-kala perkhidmatan anak-anak untuk memijak-mijak kaki saya sebelum tidur amat diperlukan.Saya juga pernah mengurut dengan tukang urut lelaki (tanpa perlu membuka pakaian maupun tudung) yang mengatakan saya ini KEBAL, sebab saya boleh menanggung kesakitan urat yg tegang, keras, masuk angin dan lain-lain sekian lama.Alhamdulillah..tanpa disangka, hampir 90% masalah saya beransur hilang dengan pengambilan nuage. Tiada lagi rasa ngilu di bahagian bekas jahit dan sakit. Bengkak di bahagian spinal sudah hilang. Saya tidak perlu menyapu minyak angin selalu. Tak perlu lagi pantang makan sayur-sayur yang ‘sejuk'. Sekarang, sapu miyak wangilah pula. Suami pasti suka..

No comments:

Post a Comment