Wednesday, June 3, 2009

TESTIMONI


TESTIMONIAL DBLESS


Saya tidak mempunyai testimoni sendiri mengenai kehebatan d-bless ini. Tapi saya belikan untuk ibu saya yang selalu sakit-sakit badan dan bisa-bisa. Terutama tapak kaki kiri beliau yang selalu membengkak. Ibu saya seorang yang begitu aktif. Dia menjaga abah saya yang tidak boleh bergerak banyak akibat pelbagai penyakit yang bukan pembunuh. Tapi sakit seperti tulang, jantung yang sudah dibuat by-pass dan sudahpun melepasi had masa 10 tahun, jadi, jantung sudah mula menampakkan tanda-tanda kegagalannya sedikit demi sedikit. Ibu jugaklah pemandu peribadi abah ke mana-mana sahaja, dia juga tukang segala. Kiranya segala kerja dia buat dan mereka selalu ke sana-ke mari hingga ke Kelantan, Johor dan Kedah. Ibulah yang memandu.

Kesihatannya selalu terganggu. Demi membantu ibu sedapat yang mungkin, saya bekalkan beliau dengan d-bless. Alhamdulillah, bengkak kakinya sudahpun surut yang menurut doktor, harus menjalani terapi demah/rendam dengan ais. Bisa-bisa dan sakit-sakit badan, jarang dia rasa.



No comments:

Post a Comment